Tekong skuad sepak takraw negara, Syahir Rosdi dan perejam, Azlan Alias, mengakui mereka berdepan dengan cabaran untuk kekal konsisten bagi mengharungi jadual padat sepanjang musim 2025 ini.
Begitupun mereka percaya dengan persiapan rapi yang dijalani pasukan dan tidak mustahil untuk Malaysia terus kekal sebagai antara kuasa besar sukan sepak takraw dunia.
Syahir dan Azlan turut berharap kekal cergas sepanjang tahun tanpa sebarang isu kecederaan yang mampu menjejaskan perjalanan karier mereka di saingan domestik dan juga antarabangsa.
"Untuk bulan puasa kami berlatih ini petang dan malam untuk perbaiki Teknik kami. rutin kami begitu.
"Tahun ini sasaran lebih keras, perlawanan Utama seperti Piala Dunia,Piala Asia, Piala Raja Thai dan Sukan SEA." kata Syahir.
Selain Kejohanan Piala Asia ASTAF yang buat julung kalinya diperkenalkan Mei depan di Kuala Lumpur, skuad kendalian Ahmad Jais Baharun itu turut dijadualkan menghadapi kempen Piala Raja Thai pada Julai sebelum berlepas ke temasya Sukan SEA Thailand pada Disember depan.
"Tahun ini pemain takraw akan bekerja keras, dan berharap dapat menambah baik dan meraih pingat." tambah Azlan.