Skip to main content

Sepak Takraw

Emas Anuar STL: Perak Bison tawan Penang Black Panthers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azlan-perak-bison.jpg
Perseteruan Penang Black Panthers dan Perak Bison dengan satu persembahan sengit apabila kelebihan mata silih bertukar ganti dalam pertembungan Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) di Stadium MABA, hari ini. 

Walaupun Penang menjarakkan diri, Bison menyusun semla permainan untuk mencapai mata akhir terlebih dahulu sebelum berlarutan ke babak dius.




Bison menjamin kemenangan itu dalam akhir ketiga dengan keputusan 23-21.

Skrip yang sama berulang dalam permulaan set kedua apabila mereka saling menyamakan kedudukan.

Tapi situasi ini tidak kekal lama kerana Sang Seladang akhirnya mendahului selesa dengan enam mata selepas kelebihan itu dilanjutkan dengan penguasaan permainan oleh trio Noraizat Nordin, Aidil Aiman dan tekong, Jakkrit Thinbangbon.

Selepas kurang 40 minit, Perak menoktahkan kemenangan 21-11.
 

Advertisement

Must Watch Video