HOKI AIS
Eliza buat keputusan tepat
Pengorbanan pemain hoki ais wanita negara, Eliza Versluis, menangguhkan perancangan untuk berbulan madu tampak berbaloi selepas pasukannya membuka kempen Piala Cabaran Asia Wanita dengan kemenangan dalam aksi pertama di Empire City, Damansara Perdana, malam tadi.
Skuad negara memulakan kempen kali ini dengan langkah kanan selepas menundukkan Filipina 3-1.
Bagaimanapun, tumpuan lebih terarah kepada Eliza apabila dia berkorban untuk skuad negara walaupun baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya, tiga hari lalu.
Iklan
"Ia bukanlah satu pengorbanan yang begitu besar kerana saya memang meminati sukan hoki ais dan ini kali pertama dapat beraksi bersama adik saya.
"Ini juga mungkin menjadi aksi terakhir saya sebelum memulakan latihan praktikal," kata Eliza.
Bagi Aliya Versluis yang merupakan adik kepada Eliza, dia tidak menafikan sangat gembira apabila dapat menjaringkan satu gol buat negara.
"Sebenarnya, ia adalah perkara paling menggembirakan buat saya. Apabila berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India, kami berasa yakin tetapi perkara berbeza apabila menentang Filipina, kami sedikit gementar.
"Kemenangan ke atas mereka membuatkan kami berasa terkejut," ujar Aliya.
Must-Watch Video