Tahun 2018 bukan masa untuk berbulan madu buat penembak negara, Eddy Chew, walaupun tidak terlibat dengan mana-mana temasya besar seperti rakan sepasukan lain di samping meluangkan untuknya memperbaiki prestasi menjelang Sukan SEA Manila 2019.
Eddy adalah antara penembak yang tidak berada dalam program Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia tahun ini.
Ia kerana prestasi hambar yang ditampilkan Eddy dalam Sukan SEA Kuala Lumpur tahun lalu, lantas diketepikan untuk dua temasya besar tahun ini.
Namun, ia bukan pengakhiran untuk pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 itu apabila masih diberi peluang untuk meneruskan latihan bagi persediaan Sukan SEA Filipina tahun depan dan perlu memanfaatkan sebaik-baiknya bagi mendapatkan kembali prestasi terbaik.
"Saya mengetahui pencapaian tahun ini kurang baik, saya berharap dapat mempamerkan aksi yang lebih baik bagi Sukan SEA 2019," katanya.
Eddy turut mengharapkan rakan sepasukan yang bakal mempertaruh aksi di Jakarta untuk melakar kejutan di sana bagi membuktikan kembali kemampuan skuad menembak negara walaupun mereka buat kali pertama disenaraikan dalam kategori B.
"Saya harap pasukan menembak dapat membuktikan kemampuan untuk beraksi cemerlang dalam Sukan Asia nanti."