Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

E-cycling pelantar cari bakat baru berbasikal negara

img_5138.jpeg
Perkembangan teknologi yang semakin maju tidak menghalang usaha mencari bakat baru dalam sukan berbasikal, dengan bekas atlet berbasikal negara, Josiah Ng, memiliki misi dalam menghasilkan generasi baru atlet berbasikal menerusi e-cycling.

Selepas menamatkan kontrak selaku jurulatih skuad berbasikal Thailand, Josiah kembali ke Malaysia dengan objektif melahirkan bakat baru tempatan.

Dengan kerjasama VeloStudio, Josiah memperkenalkan e-cycling di Malaysia, simulasi berbasikal menerusi permainan video dan ia dijangka akan mampu menarik lebih banyak minat untuk menceburi sukan ini.

"Saya dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia, saya kini bekerjasama dengan VeloStudio untuk memperkenalkan e-cycling," kata Josiah.

"E-cycling merupakan kombinasi bersukan dan bermain permainan video.  Menerusi aplikasi yang paling popular buat masa ini, "Zwift", ia memiliki lebih 100,000 pengguna di seluruh dunia.

"Saingan Kejohanan Dunia E-Cycling menerusi aplikasi Zwift bakal dilancarkan tidak lama lagi dan ia turut mendapat kerjasama Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)," tambahnya dalam temu bual Nadi@1, hari ini.

Menjadi platfom untuk mengenal pasti atlet-atlet muda untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan serta Majlis Sukan Negara (MSN), bekas Olimpian tiga kali itu turut mencadangkan e-cycling adalah untuk semua lapisan umur bagi mendekatkan diri dengan sukan, sekali gus menikmati gaya hidup yang sihat. 

"E-cycling ini adalah untuk semua lapisan umur. VeloStudio menyediakan kelengkapan untuk sesiapa yang berminat untuk berkecimpung dalam sukan ini."

Advertisement

Must Watch Video