Dr Waitchalla RRV Suppiah memecah dominasi lelaki apabila dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang pertama dalam kalangan wanita.
Sempena Hari Wanita antarabangsa hari ini, Dr Waitchalla menjadi pelopor bagi golongan hawa di KBS dalam usaha menjulang atlet negara di persada dunia.
Bekas timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dinaikkan pangkat dalam rombakan jabatan kerajaan bulan lalu.
"Saya mengaku pada awalnya mendapat surat pelantikan, saya tidak percaya.
"Saya sangat teruja, saya perlu pastikan tanggungjawab besar ini berjaya dan sedar harapan tinggi yang diletakkan ke atas saya.
"Namun, saya sanggup menyahut cabaran itu," katanya dalam temu bual Nadi@1 hari ini.
"Saya harap ini menjadi inspirasi buat wanita lain, tiada apa yang mereka tidak boleh lakukan," ujarnya yang aktif berolahraga ketika remaja.
Golongan wanita yang turut memegang jawatan tinggi dalam organisasi sukan menganggap pelantikan itu sememangnya tidak mengejutkan berdasarkan reputasi Dr Waitchalla.
"Dia sangat bangga (dengan pencapaiannya) kerana sebagai wanita, kami diberi peluang atas merit," ujar bekas Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Datuk Zaiton Othman.
Menurut Setiausaha Agung Konfederasi Besbol-Sofbol Dunia, Datuk Low Beng Choo: "Ini bukan disebabkan melantik seorang wanita, jadi saya sebagai wanita tumpang gembira.
"Sebaliknya, dia seorang yang berpengalaman, cuma dia seorang wanita."
Dr Waitchalla berkongsi pandangan bahawa wanita perlu tampil yakin dan ia mampu menyerlahkan kemampuan seseorang itu.
"Elemen penting yang perlu ada dalam diri wanita ialah keyakinan diri. Tidak kira dalam bidang apa pun, baik daripada segi sukan dan perniagaan sekalipun, kalau wanita ada keyakinan tinggi, dia boleh berjaya.
"Wanita perlu ada keinginan untuk belajar. Wanita perlu ambil langkah pertama demi mengetahui tentang sesuatu perkara," tambahnya yang amat mengagumi atlet senegeri dari Pulau Pinang, Datuk Nicol David.