Skip to main content

Sukan Lain

Downhill Bukit Kiara: Potensi untuk masuk dalam kalendar UCI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

downhill.jpg
Kejohanan Perlumbaan Berbasikal Downhill Bukit Kiara yang dianjurkan semula selepas kali terakhir berlangsung pada tahun 2010.

Sambutan hangat ditunjukkan para peserta termasuk dari luar negara yang turut memeriahkan kejohanan ini.

Bagi Setiausaha Agung Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Arif Astaman, dengan potensi yang ada pada Bukit Kiara Downhill Race, usaha akan dilakukan agar acara ini tersenarai dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada masa hadapan.

"Buat kali pertama dengan sahabat dalam Ahli Jawatankuasa (Exco) Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL), kami akan masukkan acara ini dalam kalendar kerana itu yang menciptakan perbezaan.

"Sebelum ini, acara ini dilakukan tetapi tidak dimasukkan ke dalam kalendar dan akan datang jika kawan-kawan daripada Kuala Lumpur bersetuju acara ini bakal dimasukkan ke dalam kalendar UCI.

"Itu merupakan langkah seterusnya, tetapi apabila acara itu berada dalam kalendar, harga dan hadiah perlu dipertimbangkan," katanya.

Sementara itu, Presiden PBKL, Firdaus Arshad, berharap perlumbaan ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan.

Namun, sokongan daripada pelbagai pihak amat diperlukan supaya hasrat itu dapat direalisasikan.

"Sebagai penganjur, itu adalah matlamat kami.

"Kami mengharapkan bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS)untuk dana penganjuran.

Terima kasih kepada KBS atas sokongan dalam penampilan kembali kejohanan ini," katanya di Nadi Weekend.
 

Advertisement

Must Watch Video