Selepas 15 tahun, Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL) kembali dengan penganjuran perlumbaan basikal Downhill Bukit Kiara 2025 melibatkan penyertaan 127 pelumba dalam enam kategori yang dipertandingkan.
Meskipun terdapat beberapa kekangan aspek penyelarasan dalam misi menghidupkan semula penganjuran acara ini, presiden PBKL, Firdaus Arshad, lega ianya mampu dilaksanakan bermula 29 hingga 31 Ogos ini.
Selepas sesi latihan hari pertama, kesemua pelumba perlu bersaing dalam 'seeding run' pada hari kedua untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.
Laluan menuruni Bukit Kiara yang mencabar jadi pemangkin buat pelumba basikal untuk sertai perlumbaan ini selain menyambut baik inisiatif PBKL membuka peluang penyertaan pelumba muda.