Skip to main content

Sukan Lain

Dodgeball Jemputan Asia Pasifik laluan Malaysia bida anjur Kejohanan Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dodgeball.jpg
Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) menjadikan penganjuran Kejohanan Dodgeball Jemputan Asia Pasifik atau Kejohanan Kelab Dunia (API) 2023 sebagai batu loncatan untuk membida Kejohanan Dunia di Malaysia pada 2026.

Presiden MAD, Datuk Radha Krishnan, menegaskan ia bukan perkara mustahil berdasarkan kemampuan dan sokongan pihak berwajib terhadap sukan dodgeball di negara ini selain prestasi luar biasa skuad negara menerusi gelaran dunia tahun lalu.

"Kami mahu ke tahap seterusnya. Kami tidak ingin sekadar menganjurkannya sahaja. 

"Semua negara berminat menganjurkan Kejohanan Dunia pada 2026 dan saya rasa kami berpeluang besar,"  katanya dalam satu sidang media hari ini. 

Malaysia muncul negara pertama di benua ini yang diberi penghormatan untuk menjadi hos Kejohanan Jemputan Asia Pasifik sebagai kejohanan berkelas dunia.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, pula: "Kementerian akan bantu daripada kemudahan dan sokongan lain juga kami boleh bantu selaraskan. 

"Sekarang dodgeball mula dimainkan di kolej dan sekolah. Jadi ini satu perkembangan yang baik."

Kejohanan ini akan disertai 137 pasukan dan 111 daripadanya merupakan kelab luar negara yang terdiri daripada 20 negara berbeza dengan jumlah keseluruhan seramai 1,100 peserta.

"Kejohanan besar ini satu penghormatan kerana bukan selalu dapat main di tahap antarabangsa,.




"Kejohanan ini pastinya kurang tekanan dan kompetitif berbanding saingan Piala Dunia. 

"Saya akan mewakili kelab dan akan berkerja keras memandangkan kami mempunyai beberapa pemain terbaik, jadi kami cuba merebut gelaran sebagai kelab terbaik," kata Pemain Paling Bernilai (MVP) Kejohanan Dunia 2022, Carlos Goonting.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video