Skip to main content

Berbasikal

Meledak: Aiman Rosli sudah buktikan! Siapa pelumba negara bakal 'menyala' dalam edisi kali ini?

dd
Advertisement

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Aiman Rosli, telah membuktikan pelumba Malaysia mampu mencipta 'sesuatu' selepas dia menyambar kedudukan podium selaku naib juara dalam satu peringkat perlumbaan ketika edisi lalu Petronas Le Tour De Langkawi (LTdL).

Terdahulu, Aiman mencipta sensasi membabitkan kayuhan sejauh 214.9km (kilometer) dari Melaka ke Medini, Johor yang merupakan kayuhan terjauh dalam edisi ketika itu untuk bergelar naib juara.

Advertisement

Untuk rekod, kali terakhir wakil negara meraih podium adalah ketika kejayaan pelumba Terengganu Cycling (TSG), Mohd Harrif Salleh, menjuarai peringkat kedua dalam edisi LTdL 2019.

Dalam edisi ke-30 kali ini, saingan menawarkan sebanyak lapan peringkat perlumbaan dengan pertembungan sengit adalah di tiga puncak tanah tinggi yang paling dinantikan sebagai 'menu utama' perlumbaan.

Advertisement

Dalam saingan semalam, salah satu puncak tertinggi membabitkan Gunung Jerai dengan laluan sejauh 145.6 kilometer dinoktahkan pelumba Tudor Pro Cycling Team, Lennart Jasch, selaku juara dengan catatan masa 3:37:21 saat.

Siapakah yang bakal menjuarai dua lagi laluan berbukit membabitkan pendakian ke Cameron Highlands (Peringkat Keempat) dan Genting Highland (Peringkat Kelima) nanti?

Antara pelumba negara yang mencuri tumpuan setakat ini adalah Tsen Ren Bao yang mewakili pasukan benua Australia, St George Cycling Team untuk mencipta sensasi di laman sendiri dalam saingan berbasikal paling berprestij dalam negara itu.

Untuk pengetahuan pembaca, Astro Arena komited membawakan perlumbaan LTdL 2026 secara langsung di saluran Stadium Astro 802 dan live streaming di Astro Go, Astro X3 dan Sooka.

Ayuh saksikan perjuangan wakil negara!

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement