Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Orang Pekak Asia Pasifik: Kontinjen negara tiba awal, sudah bersedia

msdeaf
Advertisement

Setiausaha Agung Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Kamarzaman Harun, berkata kesemua atlet negara, yang bakal beraksi dalam Sukan Orang Pekak Asia Pasifik bermula Sabtu ini, telah berada di Pulau Pinang seminggu lebih awal bagi persiapan terakhir termasuk menyesuaikan diri dengan keadaan di venue pertandingan.

Ia perkembangan positif buat kontinjen negara kerana tidak memerlukan tempoh yang panjang untuk mengadaptasi dengan suasana praperlawanan, sekali gus menandakan kesiap-siagaan penuh sebelum temasya itu membuka tirai.

Advertisement

Meskipun mengakui saingan pastinya sengit khususnya daripada beberapa kontinjen ternama seperti Korea Selatan dan Jepun, Kamarzaman percaya ia tidak menggugat keyakinan atlet negara kerana rata-rata mereka memiliki pengalaman cukup luas bertanding dalam kejohanan antarabangsa.

"Kami berangkat awal kerana mahu menyesuaikan diri dengan venue perlawanan di Pulau Pinang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

Advertisement

"Kami mahu semua pemain serasi dengan venue perlawanan dan tidak janggal untuk mengesuai permainan pada hari perlawanan."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement