Skip to main content

Tenis

Djokovic cipta sejarah, ungguli kejuaraan Masters Cincinnati

novak-djokovic-masters-1000-cincinnati-18082018_1t61qpd6g61ea1eakdnsnhkzha.jpg
Novak Djokovic mencipta sejarah apabila muncul pemain perseorangan pertama yang memenangi aksi final saingan Masters menerusi straight set setelah menewaskan Roger Federer di Cincinnati, awal pagi tadi.

Djokovic hanya bergelar naib juara sebanyak lima kali dalam saingan di gelanggang keras itu, namun kali ini gagal disekat oleh Federer untuk mencatat kemenangan 6-4, 6-4 menerusi penampilan memukau dalam pertemuan pertama di antara kedua-dua seteru lama itu sejak separuh akhir Terbuka Australia 2016.

Juara Wimbledon itu mempamerkan satu lagi persembahan hebat untuk membolehkannya meraih anugerah "Career Golden Masters" hari ini.

Dia meranapkan hasrat pemain nombor dua dunia, Federer, untuk mencatat kemenangan dalam set pertama, sebelum bangkit daripada ketinggalan untuk mengesahkan kejuaraan Masters yang kesembilan.

Pukulan daripada Federer selaku pemenang tujuh kali nyata tidak menggugat lawan dan Djokovic yang tampil selaku pilihan ke-10 memberikan kenyataan sebelum ini untuk mengungguli saingan Terbuka Amerika Syarikat secara berturut-turut.

Pemain dari Serbia itu memberikan tekanan sejak awal permainan tetapi Federer selaku pilihan kedua menyelamatkan diri daripada dua mata akhir untuk memaksa lawan berhempas-pulas.

Djokovic bangkit dalam set kedua, membuatkan Federer begitu sibuk di setiap sisi sebelum memadamkan kelebihan 4-3 yang dimiliki bintang Swizerland itu tatkala pemenang 20 kali grand slam itu gagal menggunakan kelebihan pukulan silang.

Federer diberi amaran selepas menunjukkan kemarahan susulan pukulan di udara dan Djokovic menggunakan kesempatan selama 37 minit setelah terlepas empat mata menerusi servis.

Kesilapan berganda daripada Djokovic memberikan pendahuluan 2-0 buat Federer dalam set kedua, namun dia gagal mempertahankan kelebihan itu.

Djokovic turut diberikan amaran selepas didapati melengah-lengahkan masa tetapi bertindak serta-merta untuk memadamkan kelebihan 4-3 yang dipegang lawan.

Federer melakukan terlalu banyak kesilapan sambil Djokovic jelas tidak memberikan ruang untuk dia menutup kelemahan itu, membuatkan bintang Switzerland itu berada dalam tekanan untuk bangkit dan akhirnya gagal menyekat kemaraan lawan untuk menjulang kejuaraan ke-13 dan mencipta sejarah.
 

Advertisement

Must Watch Video