NBA
Demi anak, Carmelo tekad kekal bersama Knicks
Meskipun perbalahan di antara Carmelo Anthony dan pasukannya, New York Knicks, masih berterusan, isterinya, La La Anthony mendedahkan bahawa suaminya enggan meninggalkan kota New York.
Ketika bercakap dalam Rancangan Wendy Williams, semalam, La La berkata sebab utama Carmelo enggan berhijrah ialah kerana dia mahu duduk dekat dengan anaknya, Kiyan.
"Perkara utama adalah cuba untuk duduk hampir dengan Kiyan," jawab La La.
Iklan
"Itulah keutamaan kami. Jadi, tidak kira di mana destinasi Carmelo selepas ini, kami mahu dia gembira."
Carmelo menjadi topik perbualan hangat dalam arena NBA apabila Presiden Knicks, Phil Jackson, berkata dia mahu pemain veteran itu ditukarkan sebaik berakhirnya musim ini.
Bagaimanapun, Jackson mendedahkan baru-baru ini bahawa Carmelo memberitahu bahawa dia mahu terus kekal bersama pasukan itu.
Ketika ini, klausa pertukaran tidak termaktub dalam kontrak Carmelo, lantas Knicks memerlukan persetujuan pemain itu andai mahu menukarkannya dengan pasukan lain.
Must-Watch Video