Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Aichi-Nagoya: Malaysia tidak gentar berdepan Thailand -- kapten

farhan adam

Kapten skuad sepak takraw negara, Farhan Adam, menegaskan tiada istilah gentar buat Malaysia untuk berdepan Thailand dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bulan depan.

Ujar apit kiri itu, yang mesra disapa Emon, skuad kendalian Ahmad Jais Baharun berkenaan akan hadir ke Jepun dengan keyakinan tinggi berbekalkan momentum positif selaku pemenang pingat emas Sukan SEA 2025 dan juara Piala Dunia ISTAF 2026 pada Mei lalu.

Sedar tugas berat menantinya, tonggak berusia 37 tahun itu percaya, dengan persiapan rapi yang telah dijalani pasukannya sejak Jun lalu, tidak mustahil misi dua pingat emas bagi acara regu dan regu berpasukan mampu direalisasikan.

Untuk rekod, dalam edisi Sukan Asia di Hangzhou pada 2022, kem sepak takraw lelaki negara terpaksa akur apabila menamatkan saingan dengan dua pingat perak.

"Tekanan memang ada cuma kami yakin dengan pemain dan kekuatan yang kami ada," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Sudah pasti kami pemain dan jurulatih akan mencuba untuk memberikan dua pingat emas itu buat seluruh rakyat Malaysia.

"Sebelum ini apabila mendengar nama pasukan Thailand sahaja kita sudah berasa gerun tetapi pemain yang ada kini, saya dapat lihat mereka tidak meletakkan pasukan Thailand di atas mereka dan kami rasa kami setara dengan mereka.

"Hanya tinggal hari perlawanan nanti untuk kami mendapatkan kemenangan itu."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement