Kapten skuad sepak takraw negara, Farhan Adam, memaklumkan bahawa Sukan Asia Aichi-Nagoya bulan depan mungkin akan menjadi penampilan terakhirnya dalam temasya itu.
Farhan, yang kini berusia 37 tahun, merupakan tonggak paling senior dalam skuad kebangsaan, di mana dia sudah beraksi dalam tiga edisi Sukan Asia, iaitu Guangzhou 2010, Jakarta-Palembang 2018 dan Hangzhou 2022.
Skuad negara akan turun ke Jepun dengan misi membawa pulang dua pingat emas, masing-masing dalam cara regu dan regu berpasukan.
"Sukan Asia empat tahun sekali, jadi untuk tunggu empat tahun lagi, saya rasa saya tidak mampu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Fokus saya hanya untuk Sukan Asia ini dahulu dan Insya-Allah, apabila pingat emas ini dapat diterjemahkan, saya rasa saya tidak dapat menunggu edisi seterusnya, jadi Sukan Asia kali ini mungkin yang terakhir buat saya."