Skip to main content

Badminton

Pemain menyerlah di Piala Lee Chong Wei berpeluang jalani sesi pemilihan khas di ABM, diserap ke skuad kebangsaan

d
Advertisement

Datuk Stuart Ramalingam selaku Koordinator Program 'Road To Gold' menyifatkan kejohanan dibawah kelolaan Persatuan Badminton Malaysia itu membawa matlamat khusus mencari bakat baru dalam kalangan pemain badminton yang kurang berpeluang ke depan tetapi memiliki potensi diserap ke dalam skuad kebangsaan.

Dia juga melihat pengalaman bertanding dalam kejohanan menggunakan sistem pemarkahan 15 mata dalam tiga set mampu memberikan dimensi berbeza kepada corak permainan yang ditampilkan sekali gus peluang seimbang buat kesemua peserta.

Advertisement

Untuk info, pemain yang menyerlah dalam kejohanan itu akan berpeluang mengikuti sesi pemilihan khas di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

"Walaupun habuan kemenangan dia besar, pingat berkilat tetapi peluang dapat percubaan di ABM itu tiket yang tidak boleh dibeli.

Advertisement

"Pengalaman bertanding dalam kejohanan ini bukan sahaja mengenai kemenangan, tetapi pengalaman bertanding dalam kejohanan profesional.

"Format juga seperti Chong Wei mahukan untuk memberikan peluang kepada mana-mana bakat yang belum dilihat, inilah medannya." katanya.

Kejohanan yang akan berlangsung pada 29 hingga 6 September 2026  di Bukit Kiara itu terdapat tiga kategori umur -B-13,B-15,B-17- dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video