Saingan eRacing Grand Prix SEA 2019 semakin menghampiri ke kemuncaknya apabila seramai 15 peserta mara ke peringkat akhir selepas tamat saingan separuh akhir yang berlangsung di 3 Damansara Shopping Mall, semalam.
Dalam saingan yang membabitkan seramai 45 peserta itu, barisan peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan (merah, biru, dan hijau) bagi merebut slot lima pelumba terbaik untuk beraksi di peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada hujung bulan ini.
Sebanyak empat perlumbaan dilangsungkan bagi memberi peluang kepada peserta mengutip mata untuk menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik bagi setiap kumpulan.
Dengan tujuan mentransformasikan pelumba alam maya menjadi jaguh di litar sebenar, eRacing Grand Prix yang telah diperkenalkan di Hong Kong tahun lalu turut mendapat sambutan positif di Malaysia atas hasil usaha bekas pelumba Formula 1 negara dan pengasas Axle Motorsport, Alex Yoong, yang membawa kejohanan itu ke tanah air.
Selepas tamat pusingan separuh akhir, Alex begitu teruja dengan persembahan memukau serta saingan sengit yang dipamerkan oleh peserta sepanjang dua hari pusingan separuh akhir berlangsung.
"Sepanjang pemerhatian, saya begitu teruja dengan potensi dan juga bakat yang dipamerkan oleh peserta, khususnya mereka yang menjadi 15 pelumba terbaik.
"Mereka menunjukkan pemanduan yang mantap dan saya boleh menilai peserta yang telah banyak membuat persiapan sebelum mereka berlumba dalam pusingan separuh akhir," tambah Alex.
Sementara itu, Mohammad Afif Suhaimi, 25, yang bersaing dalam kumpulan biru berkata penyertaannya dalam eRacing Grand Prix SEA adalah untuk menimba pengalaman daripada pelumba-pelumba hebat.
"Saya masih baru dalam sukan eRacing ini dan penyertaan saya lebih kepada untuk menimba ilmu daripada pelumba lain yang lebih berpengalaman.
"Sejak menyertai eRacing, saya mendapat ramai kenalan baru, antaranya pelumba go-kart yang banyak memberikan tips kepada saya. Untuk kejohanan seperti ini, saya akan berlatih dua hingga jam sehari.
" Kebiasaannya, saya akan menghabiskan masa bermain permainan video bersama rakan-rakan di rumah," katanya.
Seramai lima peserta terbaik daripada setiap kumpulan akan berentap di peringkat akhir eRacing Grand Prix SEA yang akan berlangsung pada 31 Ogos dan 1 September depan di 3 Damansara Shopping Mall.