Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memberi jaminan bahawa Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) akan diberi kepada atlet yang cemerlang dalam Deaflympics Tokyo, Ogos lalu.
Bagaimanapun, kadarnya akan disemak dan ditetapkan pada tahun hadapan.
"KBS (Kementerian Belia dan Sukan) perlu bincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana kumpulan yang memenangi pingat ini besar.
"Kami kena kaji supaya bersikap adil kepada semua.
"Bukan kami tidak mahu berikan SHAKAM cuma kadarnya perlu diselesaikan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Transformasi CelcomDigi, Datuk Kamal Khalid, menyatakan usaha murni mereka bukan hanya memfokuskan kepada pembangunan sukan tertentu tetapi objektifnya adalah komitmen mempromosi gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Kami mewujudkan program Arena CelcomDigi untuk memberikan sokongan kepada sukan yang kurang didendangkan.
"Fokus program ini bukan bola sepak tetapi kepada kanak-kanak dan usaha membina komuniti," katanya.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang