Pelumba JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM, Md Shafiq Ezzariq muncul terpantas pada sesi kelayakan Pusingan 3 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix hari ini.
Pada sesi latihan 2 Shafiq menempatkan diri di kedudukan kelapan dengan masa terpantas 1'23:254s, manakala pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, Md Izam Ikmal Izamli menduduki tempat pertama dengan catatan masa terpantas 1'22:322s, Md Aliff Danial Md Asri dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR berada di tempat kedua dengan catatan masa terpantas 1:22.374 seterusnya pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, Md Firdaus Md Hamdan di tempat ketiga pada 1'22:525s.
Manakala pada sesi kelayakan, Shafiq tampil lebih agresif walaupun berdepan cuaca hujan yang menjadi cabaran buat semua pelumba. Shafiq berjaya menempatkan diri di tempat pertama dengan catatan masa terpantas 1'30:940s sebelum terjatuh pada selekoh terakhir pada penghujung sesi.
Shafiq berkata, "Untuk keseluruhan hari ini saya sangat berpuas hati, sesi latihan 1 saya dapat P1 cuma sesi latihan 2 ada kesilapan dari sedi setup 'sprocket' and untuk sesi kelayakan petang, saya amat bersyukur kerana saya tidak menjangkakan dapat catat masa terpantas di sesi kelayakan dalam keadaan menunggang bersendirian cuma ada terjatuh 'high-side' sebelum tamat. Saya mengalami sedikit kecederaan di bahagian ibu jari kaki. Tetapi selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan tiada kecederaan serius dan saya dibenarkan untuk berlumba esok. Saya harap sesi shoot-out esok saya dapat mencatat masa terpantas untuk mendapatkan petak pertama."
Di tempat kedua adalah Abdullah Qayyum Abd Razak dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM dengan catatan masa terpantas pada 1'32:193s.
Pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Md Adie Putra Sukarno mencatatkan masa ketiga terpantas pada 1'32:720s.