Amirul Affiq Ahmad Solikhin bukan sahaja hebat di litar dalam saingan Petronas Sprinta Pro-Am Cup, malah pelumba dari Selangor itu sudah mula menceburi bidang perniagaan.
Ia bukan sekadar mimpi di siang hari, di mana Amirul Affiq kini sudah memiliki bengkel motosikalnya sendiri di Sungai Pelek, Sepang.
Mengakui ia ibarat mimpi jadi kenyataan, dia berkata kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari: "Saya cuba menghasilkannya sendiri. Sejak 2017, saya mula buat bengkel di belakang rumah untuk motosikal sendiri. Selepas berjaya, saya mula buat untuk motosikal rakan-rakan.
"Pada 2020 saya mula ada bengkel untuk pelanggan, tolong orang-orang kampung di sekeliling Sepang.
"Prinsip dalam hidup saya adalah berdisiplin. Kalau kita bercerita mengenai kehidupan harian, disiplin paling utama. Bangun pagi, solat, buat kerja juga perlu berdisiplin. Itulah kuncinya," katanya.
Muzaffar Musa
Thu Aug 29 2024