CUB PRIX
Cub Prix: Raiyan Khardanee mahu terus fokus, beri saingan di Tangkak
Pelumba Petronas Sprinta Yamaha, Raiyan Khardanee, bersedia untuk meningkatkan lagi prestasi dalam saingan kategori Wira KBS menjelang pusingan ketujuh Petronas MAM Malaysia Cub Prix, di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak, hujung minggu ini.
Dia mengakui bahawa masih terdapat pelbagai aspek yang perlu diperbaharui dalam penyertaan keduanya musim ini.
Raiyan telah berjaya menaiki podium di pusingan keempat di Litar Teluk Intan yang agak teknikal untuk mengumpul mata lebih tinggi meninggalkan pelumba-pelumba lain.
Iklan
Dalam aksi di litar kelajuan tinggi yang telah berlangsung di Sepang sebelum ini, Raiyan berjaya menematkan perlumbaan di tempat keempat dalam kedua-dua pusingan.
Malah, berdasarkan pencapaiannya, Raiyan mempunyai kemahiran teknikal dan juga kebolehan untuk memaksimumkan kelajuan jenteranya namun begitu, beliau masih perlu menambahbaik tahap konsisten supaya dapat bertanding setaraf dengan pelumba-pelumba di kedudukan atas.
“Musim ini berbeza dengan musim lepas kerana musim lepas masih baharu bagi saya dan banyak yang perlu saya pelajari. Sememangnya sukar untuk saya mencapai target saya.
"Musim ini pula, saya perlu tingkatkan lagi daya fokus saya. Krew dan pasukan banyak membantu terutamanya dalam “setup” jentera dan juga dalam memberikan saya tunjuk ajar yang diperlukan.
"Pentingnya adalah Kerjasama antara satu sama lain. Bukan setakat di satu litar tertentu tetapi di setiap Perlumbaan. Setiap litar mempunyai cabarannya yang tersendiri dan di setiap litar juga, saya masih perlu memperbaiki kelemahan saya.
“Persediaan saya untuk pusingan yang akan datang melibatkan kecergasan mental dan fizikal. Selain itu, saya juga banyakkan latihan di atas jentera.
"Pasukan saya kini sedang memastikan jentera saya dalam keadaan yang baik. Mereka juga sentiasa memantau latihan fizikal dan mental saya serta memberikan dorongan dan galakkan yang diperlukan.
"Matlamat saya, jika boleh, saya ingin Menang di setiap Perlumbaan yang akan datang sekaligus menaikkan lagi nama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing.” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Must-Watch Video