CUB PRIX
Cub Prix: Khairi Asyraf buru gelaran juara keseluruhah CP125
Menjelang pusingan terakhir Cub Prix Malaysia 2023 di Litar Batu Kawan hujung minggu ini, pelumba Jetron Yamaha YYPang, Khairi Asyraf Mahmood, sedia menjuarai perlumbaan berkenaan, sekali gus meraih gelaran juara keseluruhan buat kali pertama sepanjang kariernya.
Ini termasuk dengan mengatasi rakan sepasukannya, Shafiq Ezzariq Saiful Nizam, yang sedang bersaing hebat dalam kategori pelumba.
Ketika ini, Khairi Asyraf sedang mendahului kedudukan keseluruhan dengan 154 mata dan dibezakan 24 mata dengan Shafiq Ezzariq.
Iklan
Dia berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Kejuaraan musim 2023 ini amat bermakna buat saya kerana ia merupakan kejuaraan pertama sejak saya mula berlumba pada 2016.
"Dan peluang dalam pusingan terakhir ini agak besar kerana saya memiliki kelebihan selesa, iaitu 24 mata di depan rakan sepasukan saya.
"Macam mana pun, saya perlu rapat dengannya jika dia sedang mendahului dan saya akan kekalkan momentum saya dalam perlumbaan kali ini," katanya.
Must-Watch Video