CUB PRIX
Cub Prix: 'Harap tahun ini banyak naik podium'
Pelumba Yamaha Maju Motor CP150, Nazirul Izzat Md Bahauddin, tidak rela pisang berbuah dua kali dengan mahu menonjolkan prestasi terbaik menjelang musim baru Kejuaraan Cub Prix 2025.
Nazirul Izzat dibelenggu siri kecederaan sebelum ini, namun tidak mahu ia berulang kembali merencatkan hasratnya untuk berada di kedudukan terbaik.
Dia dilihat sudah bersedia sepenuhnya menyahut cabaran dalam perlumbaan pusingan pertama edisi ke-32 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Utara.
Iklan
"Saya banyak merundum tapi berehat agak lama tidak menghabiskan perlumbaan.
"Tahun ini, saya sudah bersedia dan akan mempamerkan persembahan terbaik.
"Saya harap tahun ini saya banyak menaiki podium," katanya di Nadi Arena.
Untuk rekod, dia menamatkan saingan keseluruhan pada kedudukan ke-16 dengan hanya mengumpul 37 mata musim lalu.
Must-Watch Video