Bahang perlumbaan kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 semakin dirasai dan Aqid Jumali yang telah menghilangkan diri kini kembali secara serius di litar pada tahun ini.
Aqid menjelaskan bahawa kehilangannya itu disebabkan oleh masalah peribadi yang perlu diselesaikan. Setelah meninggalkan dunia lumba motosikal sejak 2018, Aqid kini muncul semula dengan mempamerkan aksi terbaik.
Aqid mengakui setelah enam tahun menghilangkan diri, dia kembali dengan kemenangan kerana pengalamannya yang luas dan ilmu yang telah dipelajarinya sebelum ini, yang membolehkan dia kembali beraksi dan mengekalkan kedudukan podium yang pernah dimilikinya dahulu.
Jentera milik Aqid, yang telah membawa kejayaan kepadanya itu telah ditetapkan oleh Aqid sendiri dan turut dibantu oleh mekaniknya, Kanafi Kamaruddin.
Dengan semangat yang tinggi dan persediaan rapi, Aqid Jumali bertekad untuk mencipta lebih banyak kejayaan dalam kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 ini. Para peminat pasti tidak sabar untuk menyaksikan aksi memukau dari pelumba yang berbakat itu.