Prisipal pasukan ONEXOX TKKR Racing Team, Adam Fiqri Bobie Farid, tidak menimbulkan kegusaran susulan prestasi umpama 'yo-yo' yang dipamerkan oleh pelumbanya dalam kategori CP150.
Bagi dirinya, walaupun Shafiq Rasol tidak lagi menyumbang sebarang mata buat pasukkannya setakat ini namun prestasi dipamerkan Muzakkir Mohamed dan Hafiza Rofa berada di landasan yang tepat.
Terdapat usaha dan strategi yang telah dicatur untuk membantu Shafiq namun segalanya bergantung kepada kualiti persembahan yang akan dipamerkan oleh pelumbanya itu di Litar Antarabangsa Petronas Sepang dalam pusingan ketiga pada 1 hingga 2 Mei nanti.
"Pusingan pertama dan kedua jika pelumba tidak berjaya mengumpul mata maka semangat mereka akan luntur. Pada kami, kami akan membantu untuk meningkatkan semangatnya semula.
"Berikan latihan lebih kerana prestasi Shafiq dan Muzakkir di Litar Sepang tidak pernah mengecewakan," katanya kepada Nadi Arena.
Muzakkir mohamed selaku ketua pasukan one-xox TKKR Racing Team yakin dengan prestasi terbaik akan dijana Shafiq kerana dia mempunyai pengalaman selaku juara kategori CP125 pada edisi 2022 dan pernah cipta sensasi sebagai pelumba pertama negara catat masa terpantas di Kejuaraan Asia Talent Cup 2014.
Untuk rekod, TKKR Racing Team kini berjaya mengumpul 26 mata secara keseluruhan sekaligus berjaya menambah baik kedudukan pasukan dari kedudukan keenam di puisngan pertama sebelum ini kepada kedudukan kelima di pusingan kedua.
"Saya tidak risau berkenaan Shafiq di litar Sepan kerana dia telah buktikan sebelum ini. Saya optimis saya mempunyai rakan yang sangat laju untuk litar besar." katanya kepada Nadi Arena.

PETRONAS MAM MALAYSIAN CUB PRIX 2024
— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) May 29, 2024
Menjelang pusingan ketiga di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 1-2 Jun nanti, Principal ONEXOX TKKR RACING TEAM yakin Shafiq Rasol akan sumbang mata buat pasukan!?️@ASTROARENA pic.twitter.com/le8nlHMQPO