Hadiah wang kemenangan bagi Kejuaraan Cub Prix 2023 meningkat hampir 50 peratus sempena sambutan edisi ke-30 perlumbaan itu.
Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ronn Hogg, berkongsi hadiah keseluruhan bagi 10 pusingan musim ini mencecah RM500,000.
"Tanpa penajaan Petronas yang hampir 20 tahun, sukan ini tidak akan berkembang.
"Selepas meningkatkan wang kemenangan hampir 50 peratus, banyak lagi perkembangan baru pada tahun akan dikeluarkan.
"Kami mempunyai banyak perancangan dan kami berharap dengan dokongan KBS (Kementerian Belia dan Sukan), ia boleh direalisasikan.
Ron turut menjelaskan bahawa saingan musim ini bakal menjadi lebih sengit dengan kehadiran beberapa pasukan baru.
"Bagi kami, pasukan sangat penting dan tanpa pasukan, pelumba sukar berkembang jadi kami akan berikan sokongan besar kepada pasukan," katanya ketika ditemui dalam majlis perkenalan kejohanan musim ini yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Selain itu, kehadiran teknologi 'suntikan bahan api' dalam kelas Wira juga bakal mengejutkan peminat sukan permotoran tanah air.
Di samping itu, Prinsipal Pasukan CKJ, Cheku Junaidi, yakin kehadiran pelumba, Akid Aziz, pada musim ini mampu mengangkat mereka sebagai juara keseluruhan musim 2023.
"Kami akan berikan yang terbaik kepada pelumba dalam setiap perlumbaan.
"Kami akan cuba berikan jentera dan aspek psikologi terbaik buatnya.
"Dia sepatutnya sudah lama jadi juara sebab antara bakat yang ada dalam (kancah) CP150.
"Kami akan cuba menaikkannya." katanya lagi.