SUKAN LAIN
Cuaca tidak jejas Golf Terbuka Malaysia -- Gavin
Jaguh golf negara, Gavin Kyle Green, menganggap keadaan cuaca yang terlampau panas ketika ini paling mencabar untuk diharungi, apatah lagi di lapangan golf menjelang Kejohanan Terbuka Malaysia esok.
Gavin tidak menolak ia satu situasi berbeza di laman sendiri dengan cuaca yang cukup panas disebabkan geloimbang haba di seluruh negara ketika ini berbanding edisi terdahulu.
Apatah lagi, Lapangan The Palm, Kelab Golf & Country Saujana itu dianggap antara lapangan yang paling sukar di Asia yang pastinya akan memberikan cabaran berbeza buat setiap pesaing.
Iklan
Gavin, yang memenangi gelaran Order of Merit Jelajah Asia 2017, menamatkan aksi di kedudukan ke-39 edisi lalu dan enggan terlalu yakin menetapkan sasaran lebih tinggi untuk aksi kali ini.
"Saya fikir setiap pemain akan menikmati permainan di sini.
"Situasi menjadi lebih adil buat semua pemain, termasuk faktor lapangan.
"Keadaan tetap bagus seperti tahun lalu, cuma cuaca lebih panas kali ini.
"Negara kita menangani senario ini dengan baik sementara kejohanan ini juga dalam keadaan yang sangat baik," kata Gavin.
Dalam pada itu, seramai 25 pemain golf junior yang berusia antara 10-15 tahun menyertai Program Klinik Golf Junior 100 Plus yang diketuai oleh pemain golf profesional dari Afrika Selatan, Dean Burmester, serta pemain veteran England, Richard McEvoy, di Lapangan The Palm hari ini sebelum bermulanya saingan sebenar.
Must-Watch Video