Jurulatih skuasy remaja negara, Andrew Cross, mengakui anak buahnya perlu menggandakan usaha untuk menghadapi Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Tauranga, New Zealand bulan depan selepas masing-masing gagal mempamerkan aksi konsisten dalam Jelajah New Zealand baru-baru ini.
Beberapa atlet skuasy remaja negara menyertai Kejohanan Klasik Antarabangsa di Palmerston Utara dan Terbuka Matamata dalam tempoh dua minggu berada di New Zeaaland baru-baru ini.
Mereka, bagaimanapun, gagal meraih keputusan konsisten dalam dua kejohanan itu.
Andrea Lee merupakan satu-satunya pemain yang menampakkan peningkatan apabila dia layak ke separuh akhir Kejohanan Klasik meskipun tersingkir awal dalam Terbuka Matamata.
"Cuaca lebih sejuk di New Zealand, jadi mereka perlu membuat pukulan sebelum bola terkena dinding belakang. Jika mereka mampu melakukannya, kita akan mendapat peluang yang lebih baik," ujar Cross.
Kurang sebulan menjelang Kejohanan Remaja Dunia, prestasi semasa atlet negara tampak menimbulkan kebimbangan agar tidak tersungkur awal.
Namun, mereka optimis untuk bangkit bagi memperbaiki pencapaian dalam penyertaan sebelum ini.
"Saya mendapat undian yang baik kerana saya akan berdepan lawan yang sama seperti tahun lalu.
"Walaupun tewas, namun kami bersaing dengan sengit. Jadi, saya yakin mampu memberikan aksi lebih baik kali ini," kata Andrea.