Skip to main content

Sukan Lain

Covid-19: MABA guna dana MOM tampung mata pencarian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola-keranjang.jpg
Ada persatuan tiada masalah untuk mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi kantung kewangan badan induk bola keranjang negara, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), disifatkan sebagai nyawa-nyawa ikan.

Persatuan itu hilang mata pencarian menerusi penyewaan infrastruktur dan kemudahan mereka seperti Stadium MABA.

Ketika ini, organisasi itu mengharapkan bantuan daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk memastikan operasi mereka tidak terjejas untuk tempoh terdekat ini.



"Kalau tidak kutip sewa, kami hilang mata pencarian. 

"Mujur MOM menyediakan bantuan sebanyak RM10,000," kata Timbalan Setiausaha Agung MABA, Sim Sin Heng kepada wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, hari ini.

Pemain kebangsaan lelaki dan wanita juga berdepan nasib berbeza.

Bagi yang berada di bawah kelab Negeri Sembilan, kebajikan mereka terjaga tetapi sebaliknya buat yang lain.

"Saya difahamkan gaji pemain kelab Negeri Sembilan masih berjalan, tetapi kasihan kepada pemain yang tiada mata pencarian," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video