Skip to main content

Sukan Lain

Corporate Super Rugby 2025: Muamalat Bullets sedia lebur rekod kebal Royal Town Warriors di pentas akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi.jpg
Final edisi ketiga Corporate Super Rugby (CSR) pada 3 Mei bakal menyaksikan pertembungan dua gergasi — juara bertahan Muamalat Bullets dan pasukan tanpa kalah musim ini, Royal Town Warriors. Bullets, yang memburu kejuaraan hatrik selepas mendominasi dua edisi terdahulu, tampil dengan reputasi gah dibarisi lima pemain kebangsaan.

Meskipun aksi akhir berlangsung di laman keramat Warriors, Padang Sultan Suleiman, Klang, Bullets tetap yakin untuk mengulangi pencapaian sulung mereka apabila menewaskan Warriors di final pertama CSR. Berstatus "JDT of Rugby", pasukan ini memiliki ramuan ampuh untuk terus mengukir sejarah.

“Sejujurnya kami tidak berharap sepenuhnya kepada lima pemain itu sebab kami tahu pemain kita yang lain pun cukup berpengalaman. Sudah main di peringkat tertinggi dan ada juga pernah menjadi pemain kebangsaan dalam kalangan pemain kami, kata Adam Abdullah selaku pembantu pengurus Muamalat Bullets.






“Jadi untuk perlawanan Sabtu ini, kami yakin dengan taktikal kami dan apa yang saya boleh katakan kami akan tampil dengan taktikal yang berlainan berbanding peringkat separuh akhir yang lepas sebab kami ada buat sedikit penilaian dari lawan kami sebelum ini.

“Kami akan hadir dengan taktikal yang baru untuk pasukan kami dan saya yakin dengan taktikal yang kami telah usahakan dalam sesi latihan kami bakal membuahkan hasil pada pasukan kami.

Warriors pula mengambil pendekatan berdisiplin tinggi, dengan fokus untuk mengunci lima tonggak utama Bullets. Mereka enggan terperangkap dalam provokasi atau tekanan, dan mahu kekal tenang dalam aksi yang dijangka penuh intensiti.

Perlawanan ini dijangka menjadi penentu sebenar siapa raja mutlak CSR — kejuaraan hatrik buat Bullets atau kebangkitan Warriors sebagai kuasa baharu.

“Tahap disiplin perlu berada pada tahap yang lebih tinggi di mana saya sentiasa ingatkan dalam setiap perlawanan. Hanya bermain dengan ikut wisel, ikut cara sendiri, jangan layan segala provokasi-provokasi di luar seperti Facebook mahupun di padang, kata Izzwan Mohd Idrus selaku jurulatih Royal Town Warriors.

“Penyokong dijangka ramai berbanding separuh akhir dan kita akan mencuba sebaik mungkin untuk berikan hadiah kepada Majlis Bandaraya Klang itu sendiri di mana dinaiktaraf dari pebandaran ke bandaraya seterusnya bagi warga Klang sendiri di mana di sini kita jadikan sebagai laman keramat kita.

“Mungkin selepas ini ada lagi perlawanan-perlawanan di mana sedia maklum juga pada tahun hadapan padang itu jug akan jadi padang tuan rumah buat SUKMA Selangor dan kita jadikan padang itu sebagai padang angkat untuk semua komuniti ragbi di Klang.

Advertisement

Must Watch Video