Antonio Conte mengulangi 'masa diperlukan untuk membentuk semula Tottenham' berikutan kekalahan mengejut 2-1 Spurs kepada kelab kecil Slovenia, Mura dalam Liga Conference Europa.
Harry Kane dilihat membantu pasukan untuk berkongsi mata selepas dia menafikan jaringan pembukaan Tommy Horvat di Fazanerija, namun Amadej Marosa meledak gol kemenangan dalam aksi yang berlangsung awal pagi tadi.
Spurs melakukan sembilan pertukaran daripada kemenangan 2-1 ke atas Leeds United dalam Liga Perdana hujung minggu lalu dan bermain lebih sejam dengan 10 pemain berikutan layangan dua kad kuning kepada Ryan Sessegnon.
Tetapi kekalahan itu -- kekalahan pertama Tottenham di bawah ketua jurulatih Conte sejak pelantikannya awal bulan ini -- masih akan menjadi antara yang terburuk dalam sejarah Eropah menentang pasukan dengan ranking ke-341 UEFA.
Conte, yang mempunyai rekod dua kemenangan, seri dan kekalahan daripada empat perlawanannya sejak menggantikan Nuno Espirito Santo, menerima peningkatan diperlukan di setiap bahagian sebelum menjadi menanti kedatangan Rennes.
"Ini adalah satu kekalahan yang teruk untuk kami. Prestasi sangat mengecewakan," kata bekas pengendali Inter itu. "Kami tahu kami memerlukan banyak penambahbaikan. Ini adalah saat yang sukar untuk kami.
"Kami memerlukan kesabaran untuk memperbaiki diri, untuk menjadi baik semula. Kami lemah bukan sahaja daripada segi teknikal dan taktikal tetapi juga dari segi mental. Ia akan mengambil masa untuk membawa Tottenham kembali ke tahap terbaik.
"Kekalahan ini akan menjadi pemangkin kerana saya menerima cabaran ini untuk memperbaiki dan membina Tottenham ke tahap yang lebih baik. Tetapi ia akan mengambil masa.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong kami atas sokongan mereka. Kami akan menganalisis permainan dan saya akan bercakap dengan pemain kemudian."
Tottenham berada di tempat ketujuh dalam Liga Perdana selepas 12 perlawanan, empat mata di belakang empat teratas, dan kembali beraksi menentang Burnley Ahad ini.

⏰ 90'+4
— UEFA Europa Conference League (@europacnfleague) November 25, 2021
⚽️ Amadej Maroša
?? Mura registered their first win in Group G with a last-minute winner against Tottenham ???#UECL pic.twitter.com/YRI4GLqVfd