Bintang tenis remaja negara, Christian Didier Chin, mengidamkan untuk beraksi dalam Piala Davis 2019 bagi menempah nama dalam ranking Persatuan Tenis Profesional (ATP) melalui acara perseorangan lelaki.
Christian, yang pernah dinobatkan selaku pemain remaja terbaik 2017, mahu mengembangkan bakatnya dan menempah nama di persada dunia sebagai pemain profesional.
Baginya, dia tidak meletakkan apa-apa sasaran jika berpeluang mewakili negara, namun mahu meluaskan pengalamannya berhadapan dengan pemain antarabangsa yang lain.
Pemain berusia 19 tahun itu memulakan saingan tahun ini dengan gelaran naib juara dalam Siri Pertama Sirkit Kebangsaan, Januari lalu.
"Ketika ini saya tidak pasti tentang Piala Davis. Jika mereka berbincang dengan saya menerusi terma yang bagus dan memahami saya, saya akan beraksi kerana ia salah satu kejohanan yang baik buat saya," katanya.
"Tahun lalu saya mengharungi beberapa perlawanan yang menarik dalam Piala Davis, jadi saya rasa ia akan menjadi medan yang baik untuk saya."
Untuk mengekalkan prestasi mantap, Christian melakukan usaha sendiri dengan membiayai kemudahannya untuk berlatih di Kuala Lumpur selain melantik jurulatih peribadi.
Christian menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, untuk mengurangkan bebannya supaya mampu memberi lebih fokus dalam latihan.
"Saya harap dapat melakukan pertemuan dengan menteri kerana akhirnya, ia melibatkan wang. Diharapkan kami dapat berbincang memandangkan terdapat ramai pemain yang berpotensi di Malaysia."