Atlet para remaja negara, Bonnie Bunyau Gustin, membuktikan dirinya mampu berada setaraf dengan atlet senior lain selepas ini, apatah lagi sewaktu berjaya mempertahankan pingat emas dalam Kejohanan Powerlifting Para Dunia Fazza Ke-9 di Dubai, Februari lalu.
Bonnie adalah antara atlet remaja yang meraih pingat emas ketiganya di pentas para dunia kategori junior dengan kejayaan sulung sewaktu Kuala Lumpur menjadi tuan rumah saingan tersebut pada 2016.
Dia yang beraksi bagi kategori 65 kilogram turut cemerlang memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri, iaitu 156kg, dengan angkatan baru 157kg.
Justeru, atlet berusia 19 tahun ini menganggap kejayaan itu sedikit-sebanyak mengubah persepsi dirinya yang terasa kerdil berada dalam kalangan atlet senior untuknya terus meraih pencapaian positif, khususnya selepas terpilih ke Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
"Saya tidak menjangkakan dapat memecah rekod tersebut selepas berehat panjang sambutan Hari Krismas sebelum ini," kata Bonnie.
Dia menyifatkan masih terlalu awal untuk meletakkan sebarang sasaran di Gold Coast memandangkan ini adalah penyertaan kali pertamanya tetapi tetap akan berusaha mempamerkan aksi terbaik.
"Saya perlu meningkatkan lagi prestasi saya dan berlatih dengan lebih gigih dan cuba melakukan angkatan yang lebih cemerlang."