Keterujaan membantu skuad negara memenangi emas dalam Sukan Asia 2018 menjadi penguat semangat buat jurulatih boling tenpin negara, Holloway Cheah, untuk terus menyumbang bakti sebagai penggendali walaupun usianya sudah mencecah 76 tahun.
Holloway memiliki reputasinya tersendiri sejak mengambil alih jawatan ketua jurulatih boling tenpin negara pada tahun 2000 menggantikan pengendali dari Kanada, Sid Allen.
Sejak itu, bimbinganya membuahkan hasil dengan skuad negara meraih beberapa kejohanan utama, khususnya dalam Sukan Asia, sembilan emas, 10 perak dan satu gangsa dalam lima edisi yang berbeza sejak 2002 di Busan, Korea Selatan.
Ia termasuk dua emas dan dua perak yang dicapai di Palembang, melebihi sasaran asal ditetapkan, iaitu hanya satu emas.
"Ia bukan tugas yang mudah kerana perlu memahami setiap halangan yang perlu dihadapi dalam setiap kejohanan," kata Holloway.
Holloway juga memuji dua pemain seniornya, Alex Liew dan Shalin Zulkifli, yang masih mampu memberikan prestasi terbaik meskipun disaingi hebat peserta yang jauh lebih muda di rantau ini.
"Alex dan Shalin masih lagi mampu memberikan persembahan yang mantap. Mereka juga memiliki kualiti memimpin pasukan serta skuad negara memiliki barisan pemain muda yang masih lagi meningkat naik," tambahnya.