Momentum kejayaan Malaysia di Pusat Boling Jakabaring terencat seketika setelah skuad lelaki negara sekadar menamatkan saingan di tangga ketujuh acara enam sepasukan, hari ini.
Malaysia mempunyai rekod baik dalam acara berpasukan apabila menggondol dua perak dalam dua edisi Sukan Asia sebelum ini di Guangzhou 2010 dan Incheon 2014.
Namun, memandangkan format sudah berubah daripada lima sepasukan kepada enam sepasukan, skuad negara tampak bergelut untuk menyesuaikan diri.
Saingan blok pertama di sebelah pagi menyaksikan skuad negara ketinggalan jauh apabila hanya membuat 3,912 jatuhan pin untuk berada di kedudukan ke-11.
Bersambung aksi dalam blok kedua, barisan pemain negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Alex Liew, Adrian Ang, Rafiq Ismail, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Fishol cuba bangkit untuk merapatkan jurang dengan pendahulu, Korea Selatan.
Begitupun, perbezaan jatuhan pin yang ketara menyebabkan mereka sukar mengejar, tambahan pula beberapa negara lain seperti Filipina dan Indonesia beraksi dengan lebih baik.
Tamat saingan menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan melakar 8,042 jatuhan pin.
"Cabaran dalam enam sepasukan ialah perubahan yang cepat dalam permainan ekoran lorong menjadi lebih cepat kering.
"Ia membuatkan kami lambat untuk menukar bola," kata Alex.
Menurut Shafiq, kegagalan mendapat rentak pada awal saingan memberi kesan untuk memberi tekanan kepada lawan.
"Kami hanya mencatat keputusan rendah dalam satu permainan sahaja. Selepas itu, pesaing kami mengekalkan catatan rendah, itu yang membuatkan kami kecewa."