Bukan memberi alasan, sebaliknya pemain boling wanita negara, Natasha Roslan, sudah melakukan yang terdaya di sebalik faktor fizikalnya yang kurang sihat menafikan impiannya untuk beraksi baik dalam acara masters wanita, sekali gus melayakkan diri ke peringkat step ladder Sukan Asia Indonesia.
Natasha sebelum ini sudahpun mengadu kurang sihat kerana mengalami simptom batuk, selesema dan sakit tekak sejak empat hari lalu.
Dia cuba mempamer kebangkitan ketika saingan masters blok kedua. Daripada kedudukan ke-12, dia merapatkan jurang dengan menempatkan diri dalam kelompok enam terbaik.
Bagaimanapun, memasuki game keenam, dia hilang fokus dan kedudukannya mula merudum sehingga jatuh ke tangga ke-10.
Biarpun gagal meneruskan kemaraan ke peringkat step ladder, Natasha tetap berpuas dengan aksi keseluruhannya dalam penampilan pertamanya dalam Sukan Asia ini.
"Saya tidak sihat dalam beberapa hari. Ia telah membataskan persembahan saya, sekali gus gagal menampilkan yang terbaik," katanya.
Seorang lagi wakil negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, gagal menyerlah dalam acara masters biarpun sebelum ini dia unggul sebagai pendahulu bagi acara trio dan enam sepasukan apabila melakukan 2,918 jatuhan pin.
Afifah menganggap aksi hambarnya dalam saingan masters didorong oleh perubahan format mata yang diguna pakai dalam Sukan Asia kali ini dan sekadar menduduki tangga ke -4 dengan melakar 3,544 jatuhan pin.
"Format ini agak mencabar. Jatuhan strike amat penting kerana ia akan memastikan mata yang banyak secara keseluruhan," kata Syaidatul.