SUKAN LAIN
Boling Tenpin IBF: Skuad negara tambah kutipan pingat
Perjalanan beregu lelaki negara, Muhammad Syafiq Ridhwan dan Ahmad Muaz Mohd Fishol terhenti di separuh akhir Kejohanan Boling Tenpin Dunia IBF 2023 di Kuwait.
Bagaimanapun, duo negara itu masih sempat membawa pulang pingat gangsa selepas tewas kepada beregu Korea Selatan dengan perbezaan 42 jatuhan pin.
Syafiq mengakui berpuas hati dengan pingat yang diraih selepas berhempas pulas memberikan tekanan kepada pihak lawan sepanjang perlawanan.
Iklan
Ahmad Muaz juga berkongsi sasaran utamanya dalam kejohanan itu adalah untuk meraih pingat dalam acara berpasukan.
Namun dia berasakan pingat gangsa itu sebagai bonus.
Must-Watch Video