Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Boling tenpin IBF: Beregu lelaki lepasi halangan awal Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling-tenpin-ibf.jpg
Dua atlet boling tenpin lelaki, Muhammad Syafiq Ridhwan Malik dan Ahmad Muaz Fishol, nyata tidak mempunyai sebarang masalah untuk meneruskan langkah ke pusingan kedua Kejohanan IBF di Kuwait.

Walaupun pertama kali digandingkan dalam acara beregu lelaki, Syafiq mengakui mereka dapat melengkapi di antara satu sama lain dengan berbekalkan pengalaman masing-masing.

"Dia seorang pemain yang bagus dan tidak banyak yang perlu saya sesuaikan dengannya. 

"Kebiasaannya saya akan turun sebagai pembaling pertama, sekurang-kurang saya dapat kongsi maklumat jadi peluang untuk kami dapatkan strike lebih mudah," kata Syafiq Ridhwan di Nadi Arena sebentar tadi. 

Mereka menumpaskan gandingan dari Jerman 15-12 dalam pusingan pertama sambil meletakkan kejayaan rakan sepasukan, Natasha Roslan, sebagai pemangkin semangat untuk kontinjen lelaki beraksi lebih cemerlang untuk ke pentas akhir.

"Saya harap tiada apa-apa masalah dan kami akan terus berjuang," kata Ahmad Muaz. 


 

Advertisement

Must Watch Video