"Enggan terlalu selesa dengan pencapaian dalam Sukan Asia," itu yang sering menjadi peringatan buat skuad boling tenpin negara selepas meraih emas dalam Sukan Asia untuk tidak terlalu cepat berpuas hati, sebaliknya perlu lebih berusaha untuk konsisten dalam prestasi pada masa akan datang.
Trio wanita negara yang dibarisi oleh Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Esther Cheah dan Siti Safiyyah Amirah Abdul Rahman serta pemenang emas acara masters lelaki, Muhammad Rafiq Ismail, enggan terlalu lama meraikan kejayaan mereka di pentas Sukan Asia kerana masih banyak yang perlu diperbaiki untuk kejohanan akan datang.
Kembalinya mereka ke tanah air dari Palembang semalam menandakan perjuangan tidak seharusnya terhenti sampai di situ, sebaliknya usaha keras perlu diteruskan kerana bukan senang untuk mengekalkan prestasi seperti ini pada masa akan datang.
"Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah memenangi pingat emas pertama buat Malaysia dalam Sukan Asia. Ia merupakan pemangkin semangat buat seluruh kontijen negara," kata Syaidatul.
"Kami perlu terus berusaha kerana dalam saingan berpasukan, kami gagal meraih emas. Selepas ini terdapat lagi beberapa kejohanan yang perlu kami sertai," kata Esther pula.
Tiada rehat yang panjang untuk skuad negara apabila bakal mengharungi Kejohanan Masters Lucky Larsen 2018 di Sweden bermula 23 September ini.
Bagaimanapun, Rafiq dan Esther tidak akan menyertai kejohanan itu.
"Saya memilih untuk berehat dahulu dan menjalani proses pemulihan sebelum kembali menjalani latihan dan kejohanan," kata Rafiq.