Skuad boling padang negara meletakkan sasaran memperbaiki pencapaian lima pingat emas dalam Kejohanan Boling Padang Asia di Henan, China, dari 10 hingga 17 Oktober ini.
Sasaran itu diletakkan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) berdasarkan prestasi semasa kem negara, sekali gus mencerahkan peluang Malaysia meneruskan penguasaan.
Presiden PLBM, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail, menjelaskan bahawa selain mahu mengekalkan pungutan lima emas, keputusan lebih cemerlang diharap dapat diraih skuad bimbingan Simon Botha itu.
"Malaysia cukup dominan dengan muncul juara keseluruhan di peringkat Asia dalam edisi tahun lalu di New Delhi serta di Brunei pada 2016.
"Beberapa negara seperti Thailand dan Filipina menunjukkan peningkatan tetapi masih belum dapat menyaingi kekuatan kita," kata Wan Nawawi.
Pemegang pingat emas acara perseorangan lelaki, Muhammad Soufi Rusli, menjadi sandaran negara selain Fairul Izwan Abd Muin, Zulhilmie Redzuan, Mohammad Syamil Syazwan Ramli dan Mohamad Fairus Abd Jabal.
Siti Zalina Ahmad juga akan mempertahankan emas perseorangan, sambil dibantu Emma Firyana Saroji, Azlina Arshad, Nur Fidrah Noh serta Auni Fathiah Kamis bagi skuad wanita negara.
Turut diumumkan empat pemain kategori bawah 25 tahun, iaitu Muhammad Idham Amin, Daeng Dhadyry Dahasry (lelaki), Nurul Alyani Jamil dan Nur Ain Nabilah Tarmizi (wanita).
Bagi jurulatih negara, Botha, peningkatan atlet-atlet negara yang majoritinya berada dalam Program Podium ternyata jauh mengatasi negara lain.
Antara perkara yang mendapat perhatian pengendali kelahiran Afrika Selatan itu ialah Nur Fidrah dan Auni Fathiah yang menunjukkan kematangan di peringkat antarabangsa.
"Saya menjangkakan skuad Malaysia berupaya memenangi lebih daripada lima emas dengan mengambil kira status Malaysia selaku empat pasukan terbaik dunia ketika ini," kata Botha.