Bukan memberi alasan, sebaliknya pemain boling negara, Natasha Roslan, sudah melakukan yang terdaya di sebalik faktor fizikal yang kurang sihat sehingga menafikan impiannya untuk beraksi baik dalam acara masters wanita, sekaligus gagal melayakkan diri ke acara stepladder Sukan Asia 2018, hari ini.
Sebelum ini, Natasha mengadu kurang sihat kerana mengalami batuk, selesema dan sakit tekak sejak empat hari lalu.
Dia cuba mempamerkan kebangkitan ketika saingan masters blok kedua apabila mengubah kedudukan daripada tempat ke-12 sehingga merapatkan jurang dengan menempatkan diri dalam kelompok enam terbaik.
Bagaimanapun, memasuki permainan keenam, dia hilang fokus dan kedudukannya mula merudum sehingga jatuh ke tangga ke-10.
Walaupun gagal meneruskan kemaraan acara stepladder, dia tetap berpuas dengan aksi keseluruhannya dalam penampilan pertama di pentas itu.
"Sebenarnya, saya tidak sihat selama beberapa hari tetapi faktor kepenatan mungkin antara sebab.
"Bagaimanapun, dalam tiga aksi awal, saya sudah menemui sentuhan tetapi mengalami kesukaran selepas itu," kata Natasha.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, gagal menyerlah dalam acara masters walaupupn sebelum ini, dia unggul sebagai pendahulu bagi acara trio dan enam sepasukan apabila melakukan 2,918 jatuhan pin.
Afifah menyifatkan aksi hambarnya dalam saingan masters sebagai kesan daripada perubahan format mata yang digunakan dalam Sukan Asia 2018, sekali gus meletakkannya sekadar menduduki tangga ke-14 dengan 3,544 jatuhan pin.
"Bagi saya, format sebegini agak mencabar, di mana kami harus melawan strike. Jika dapat spare, ia belum cukup.
"Sekurang-kurangnya, dalam satu permainan, saya perlu mendapatkan lima strike minimum," ujar Afifah.