Permohonan maaf menjadi perkara pertama terbit daripada bibir gandingan bola tampar pantai negara, Rafi Asruki Nordin dan Raja Nazmi Saifuddin, sejurus selepas mengalami kekalahan 0-2 di tangan China yang menutup peluang mereka untuk mara ke peringkat kalah mati Sukan Asia Indonesia di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, hari ini.
Sebelum saingan, Rafi dan Raja Nazmi sudah menegaskan senario sebenar yang bakal dihadapi apabila bertemu China dalam Kumpulan C atas dasar jurang kualiti.
Dan hakikat itu menjadi realiti meskipun mereka memberikan tentagan hebat pada awal permainan berdepan Gao Peng dan Li Yang yang berada di ranking ke-43 dunia.
Sehingga pertengahan set pertama, ada harapan menyaksikan kejutan sebelum pasangan Malaysia itu tewas 21-16.
Tetapi Peng dan Yang tidak membuang masa untuk memutlakkan kemenangan dalam set berikutnya dengan keputusan 21-9.
Pada pandangan mereka, pertemuan pertama peringkat kumpulan menentang Kazakhstan semalam sepatutnya dimenangi.
Hanya hadiah sagu hati menjadi tawaran dalam perlawanan terakhir mereka di Palembang ini apabila bertemu Taiwan, esok.
"Hari ini kami memang tidak menjangkakan kemenangan, apapun kami telah buat yang terbaik.
"Tahap mereka terlalu tinggi, bertaraf dunia.
"Kami sudah mencuba yang terbaik, itu sahaja yang kami mampu," kata Rafi.
Raja Nazmi menganggap kegagalan mengatasi Kazakhstan semalam menyempitkan peluang mereka ke laluan pusingan 16.
"Semalam, kami sepatutnya menang (ke atas Kazakhstan untuk menghidupkan) peluang layak ke peringkat seterusnya.
"Bertemu Kazakhstan, peluangnya adalah seimbang tetapi berdepan wakil China, agak sukar untuk kami.
"Kami akan berdepan Taiwan esok untuk melengkapkan aksi di peringkat kumpulan.
"Kami perlu menang esok."