Pemain bola tampar pantai lelaki negara, Rafi Asruki Nordin, memberi bayangan bahawa Sukan Asia 2018 mungkin yang terakhir buatnya selepas Palembang menghadiahkannya realiti pahit.
Dua kempen Rafi dalam Sukan Asia, Guangzhou 2010 dan Incheon 2014, menyaksikan dia layak ke peringkat 16 terakhir.
Tetapi Palembang tidak memberikan pulangan lebih baik apabila tersingkir di peringkat Kumpulan C hasil dua kekalahan dan satu kemenangan.
Paling merugikan, pertemuan pembuka tirai yang menyaksikan mereka tewas tipis 2-0 kepada Kazakhstan, Isnin lalu, sebelum rebah mudah di tangan, China, 2-0, sehari kemudian.
Kemenangan sagu hati 2-1 diperoleh mereka hasil pertembungan sengit tiga set menentang gandingan dari Taiwan, semalam.
"Saya boleh simpulkan, saya tidak salahkan sesiapa tetapi cabaran kali ini agak sukar bagi saya," kata Rafi.
Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina menjadi sasaran seterusnya buat mereka tetapi adalah tidak adil meletakkan tekanan emas ke atas dia dan Raja Nazmi Saifuddin memandangkan Malaysia ketandusan bakat dalam sukan tersebut.
"Sebagai atlet, kami tidak boleh dinilai daripada segi itu.
"Kami telah mencuba mendapatkan medal, kami perlu cuba terlebih dahulu," tambahnya.
Bagi Nazmi pula: "Kami perlu memulakan latihan dari sekarang.
"Ini kerana jurang di antara kita dan Thailand serta Indonesia tidak jauh."
`