Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berpuas hati dengan tahap keselamatan yang disediakan terhadap skuad negara yang berada di Bandung menjelang aksi pembuka tirai Kumpulan E, Sukan Asia 2018 menentang Kyrgyzstan, petang ini.
Sejak ketibaan skuad negara lewat Isnin lalu, tahap kawalan oleh anggota keselamatan sentiasa ketat di hotel penginapan rasmi pasukan.
Ia bagi memastikan tiada sebarang insiden dapat menjejaskan persiapan keempat-empat pasukan yang berada dalam Kumpulan E yang turut membariskan juara bertahan, Korea Selatan, serta Bahrain.
Hamidin, yang turut berada di Bandung bagi menyaksikan sesi latihan skuad negara di Stadium Gelora Bandung Lautan Api (GBLA) semalam, berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh penganjur.
"Kawalan ketat diberikan ke atas para pemain dan mereka tidak dibenarkan keluar pada waktu malam.
"Semua pegawai dan pemain yang keluar pada waktu siang pula perlulah diiringi pihak polis.
"Langkah ini bukan sahaja diketengahkan untuk pasukan Malaysia, malah kepada pasukan-pasukan yang lain juga.
"Ini langkah yang bagus. Saya lihat langkah yang diambil pihak berkuasa dan keselamatan di sini cukup baik setakat ini," kata Hamidin.
Dalam pada itu, sesi semalam merupakan satu-satunya peluang buat pemain negara untuk menyesuaikan diri dengan suasana di Bandung sebelum berdepan Kyrgyzstan.
Pengendali, Datuk Ong Kim Swee, juga sudah pastinya mahu merencana bahagian tengah yang lebih mantap susulan ketiadaan pemain Felda United, Daniel Amier Norhisham, yang tidak sempat pulih daripada kecederaan.
"Tidak dinafikan (ketiadaan Daniel dirasai).
"Tetapi, (ketika kami mengharungi) perlawanan bertemu skuad B-23 China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tanpa Daniel, kami mendapati Baddrol Bakhtir, Nik Akif (Syahiran Nik Mat) termasuk Syahmi (Safari) mampu menggalas tersebut.
"Saya harap mereka mampu menyaingi apa yang ditinggalkan oleh pemain-pemain yang digugurkan," kata Hamidin.