Jurulatih skuad bola sepak negara, Datuk Ong Kim Swee, tidak mahu menimbulkan persaingan dengan pencapaian terbaik yang pernah dilakar skuad Datuk K. Rajagobal yang turut mara ke pusingan 16 dalam Sukan Asia Guangzhou 2010.
Tegas Kim Swee, keadaan dan situasi tidak sama jika dibandingkan dengan skuad Rajagobal dan skuad kendaliannya ketika ini.
Beliau lebih selesa melihat skuadnya sebagai pasukan bukan pilihan memandangkan ia adalah situasi yang dihadapi mereka bermula dari awal persiapan lagi.
Bagaimanapun, melihat kepada prestasi semasa anak buahnya -- semangat yang dimiliki mampu dijadikan sebagai tenaga tambahan dalam usaha memastikan kunjungan ke Jakarta bukan sia-sia.
"Perkara paling penting, pasukan memberikan tumpuan kepada aksi akan datang. Pemain-pemain perlu mengulangi pencapaian ketika berdepan Korea Selatan untuk meraih kemenangan," kata Kim Swee.
Aksi seterusnya Jumaat ini ialah bertemu Jepun yang dibarisi pemain berusia 21 tahun yang telahpun tewas kepada pasukan Asia Tenggara, Vietnam, dalam aksi peringkat kumpulan.
Namun, Kim Swee tetap melihat Jepun sebagai pasukan berbahaya yang menyimpan banyak muslihat di atas padang.
"Aksi kalah mati akan menampilkan corak permainan yang berbeza. Mereka mempunyai perancangan yang tertentu dan kombinasi yang berkualiti. Saya berharap kami dapat menampilkan aksi terbaik," tambahnya.