"Saya masih belum berpuas hati," itu pandangan penjaga gol skuad B-23 negara, Haziq Nadzli, walaupun skuad negara telah memperoleh dua kemenangan untuk menempah tempat ke pusingan berikutnya dalam saingan Sukan Asia Indonesia di Bandung, semalam.
Haziq diberi tanggungjawab untuk mengendalikan benteng terakhir negara dalam dua aksi Kumpulan E berdepan Kyrgyzstan dan Korea Selatan.
Dia menjalankan tugas dengan cemerlang meskipun bolos satu jaringan dalam setiap perlawanan berkenaan.
Lantas, dia percaya masih ada ruang buat dirinya untuk meningkatkan lagi persembahan di sebalik persaingan dengan seorang lagi penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim.
"Saya masih tidak puas hati sebab banyak kekurangan yang perlu saya perbaiki. Saya pun jarang bermain.
"Di sini, saya memberikan segala-galanya. Kalau diturunkan, Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik," katanya.
Ujian paling getir setakat ini buat Haziq sudah pasti aksi separuh masa kedua berdepan Korea Selatan di Stadium Si Jalak Harupat, semalam.
Ketangkasannya menafikan percubaan lawan memberikan kesukaran buat skuad Taeguk Warriors itu untuk menembusi kubu negara.
Jelasnya lagi, peringatan yang diberikan oleh pengendali, Datuk Ong Kim Swee, ketika menamatkan babak pertama sentiasa kekal dalam fikiran pemain agar tidak tertekan dengan asakan lawan.
"Ketika kami mendahului 2-0, jurulatih banyak memberi nasihat supaya berdisiplin di atas padang dan bertanggungjawab ke atas pasukan."