Bahrain lebih mengutamakan pendedahan sambil menaruh keyakinan peluang merebut tempat kedua kumpulan terbuka luas menjelang saingan bola sepak Kumpulan E yang membuka tirainya esok.
Membariskan majoriti pemain daripada skuad B-21 tahun, Bahrain menjalani antara persiapan yang cukup rapi sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia kali ini.
Antaranya termasuk memenangi Kejohanan Jemputan Piala Ulangtahun Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) di Bogor, Jun lalu, selain menduduki tempat ketiga Piala Alpine 2018 di Naypyidaw, Myanmar awal bulan ini.
Menurut pengurus pasukan, Shaikh Ahmed Isa Al-Khalifa, selain Korea Selatan yang merupakan pilihan utama, saingan antara Bahrain, Kyrgyzstan dan Malaysia masih terbuka.
"Kami telah meraih pengalaman dalam aksi-aksi sebelum ini dan ia akan menjadi bekalan bagi saingan Sukan Asia," katanya.
Sementara itu, Shaikh Ahmed Isa turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pemain pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mencetuskan pergaduhan sewaktu aksi persahabatan menentang Malaysia, Jumaat lalu.
Jelasnya, situasi berkenaan tidak seharusnya berlaku dan memberi jaminan skuad Bahrain mempunyai disiplin yang lebih baik.
"Saya berharap pasukan Malaysia bersikap profesional dalam aksi akan datang dan tidak mahu insiden ini berulang."
Skuad Bahrain sepatutnya menjadi pasukan pertama untuk menjalani sesi latihan di Stadium Si Jalak Harupat semalam, bagaimanapun kerja-kerja saat-saat akhir masih lagi dilakukan di gelanggang berkenaan hingga menyaksikan mereka terpaksa menukar lokasi latihan mereka.