Skuad bola keranjang wanita negara bermula cemerlang dalam aksi pembukaan selepas menumpaskan Vietnam 88-54 di Stadium MABA, hari ini.
Mempertaruhkan Nur Izzati Yaakob (point guard), Saw Wei Yin (shooting guard), Rajintiran Kalaimathi (centre), Pang Hui Pin (power forward) dan Chong Yin Yin (small forward), skuad negara bermula garang apabila menamatkan separuh masa pertama 44-28.
Turun dengan status juara bertahan, Malaysia terus menjarakkan kedudukan mata dalam suku ketiga 69-38.
Kegagalan Vietnam menyempurnakan beberapa lontaran mudah membuka ruang buat skuad negara melakar kemenangan besar.
Yin Yin muncul penjaring terbanyak dengan 17 mata sementara Wong Mei Chyn yang masuk sebagai pemain simpanan mempamerkan aksi cemerlang untuk mengutip 10 mata.
Ketua jurulatih skuad negara, Yoong Sze Yuin, mengakui tidak berpuas hati dengan aksi anak buahnya meskipun mencatat kemenangan selesa.
"Pemain terlalu santai dalam perlawanan pertama, saya tidak gembira dengan corak bertahan kami.
"Pertahanan kami tidak cukup ampuh. Ini kerana Indonesia, Filipina, Thailand malah Singapura agresif ketika melancarkan serangan.
"Pemain harus duduk berbincang mengenai kekurangan ini," kata Yoong.