Skuad bola jaring wanita negara meneruskan hari ketiga fasa persiapan akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan lelaki kebangsaan.
Ia sebagai persiapan untuk mengharungi Kejohanan Asia di OCBA Arena, Singapura, Sabtu depan -- menawarkan dua tiket ke Piala Dunia tahun depan -- menerusi pertemuan dengan pasukan yang mampu memberikan saingan sengit selain kesempatan mempraktikkan taktikal baru.
"Semalam kami lawan dengan pasukan wanita MK Tigers dan hari ini pula fokus kami terarah kepada pasukan lelaki.
"Dalam setiap kejohanan akan ada lawan dengan kekuatan yang berbeza.
"Sebab itu kami tidak jumpa lawan yang sama demi mendapatkan ketekalan prestasi yang berbeza untuk setiap perlawanan.
"Ini yang kami mahu sesuaikan," kata penjaring negara, An Najwa Azizan.
Sementara itu, rakan sepasukan yang bermain di bahagian serangan, Nurfariha Abdul Razak, berkata mereka bukan sahaja cuba menumpukan perhatian cabaran Kumpulan C bertemu Brunei dan Taiwan, malah ia juga menjadi medan untuk berentap dengan Sri Lanka dalam usaha memburu slot finalis bagi kelayakan merit ke Piala Dunia.
"Kami cuba persiapkan diri untuk bertemu Hong Kong yang fizikalnya mirip lelaki tempatan.
"Kita juga tahu Sri Lanka ada pembaling jauh, tinggi serta pertahanan tinggi. Begitu juga dengan pasukan lelaki yang kami hadapi hari ini, pertahanan mereka tinggi dan bahagian tengahnya pantas.
"Jadi ini satu kelebihan buat kami mempersiapkan diri dalam saingan di Singapura pula," katanya.