Jurulatih bola baling lelaki negara, Shamsul Nizam Muhammad Ali, tidak menyesal membawa anak buahnya menyertai Sukan Asia Indonesia 2018 walaupun dibelasah Qatar 64-11 dalam aksi pembukaan Kumpulan A kerana menganggap ia satu peluang keemasan berdepan jaguh dunia.
Keputusan 64-11 itu merupakan kekalahan terbesar dalam sejarah bola baling negara, jauh mengatasi rekod sebelum ini iaitu 45-25 di tangan Thailand pada 2016.
Realitinya, Qatar adalah pemegang status naib juara dunia sementara Malaysia baru membuat penampilan sulung walaupun bola baling sudah dipertandingkan sejak temasya 1982.
"Ia ibarat beraksi dalam liga dunia kerana bertemu dengan pasukan yang berada di kedudukan keempat dunia, Qatar. Jadi, kami boleh mengukur tahap bola baling Malaysia," kata Shamsul Nizam.
Lebih mengecewakan, Malaysia berdepan risiko kehilangan khidmat pemain sayap kiri, Dzulfiqar Ismail, ekoran kecederaan bahu selepas menjaringkan tiga gol dalam aksi di Gor Popki Cibubur.
"Sekarang saya rasa lebih baik selepas meletakkan ais pada bahagian yang sakit tetapi perlu melalui proses imbasan untuk mengetahui sama ada wujud tisu dalam otot yang terkoyak," ujar Dzulfiqar.
"Kami berusaha keras dan tidak mudah untuk menikmati aksi di sini. Kami bermain dengan sepenuh hati," tambah pemain Qatar, Ahmad Madadi.
Sementara itu, aksi benteng terakhir kebangsaan, Fikree Azman, mencuri tumpuan walaupun ketiga-tiga penjaga gol negara gagal menghalang asakan bertali arus qatar.
"Apa yang saya dapat lihat, kami bermain dengan baik pada hari ini, cuma wujud beberapa kesilapan mudah yang akan diperbaiki pada masa akan datang. Ternyata kami kalah daripada aspek fizikal.
"Saya beraksi tiga kali ganda berbanding aksi sebelum ini. Walaupun gagal mengekang banyak asakan lawan, saya tetap teruja dengan persembahan pada hari ini," ujar Fikree.